17 January 2016

Tikets Europe 1

Hai!

Saje nak share pengalaman beli tiket masa travel kat Europe. Tip: Lagi jimat kalau beli awal. *lagu sedih*

Tiket yg dlm post ni untuk travel dalam city (metro, tram, bus), and dari city ke city dalam negara sama.

Kalau nak tau camne nak beli tiket utk travel ke negara2 berlainan kat Europe, kena tunggu post lagi satu okey? ☺

Prague, Czech Republic


Tiket 24 jam
Tiket ni saya beli last day dekat Prague. Harga 55 crowns ni sebenarnya untuk senior citizen :P (tak guna pun tiket ni last2 haha). Tak biasa beli tiket kat machine pun, sebab diorg ada sistem SMS yg lagi senang nak guna. Tapi kena ada nombor Czech lah. eheh.

Tiket public transport ni boleh guna untuk metro, tram and bus. Nak beli, sila la ke mana2 metro station, semua ada tiket machine. Jangan lupa validate tiket sebelum naik mana2 public transport kat Europe ni! (Cucuk tiket ni dalam satu kotak kecik ni sebelum turun escalator) Kat Prague kalau kena tangkap takde tiket OR tak validate tiket, saman dia nak dekat 1000Kč. Tak kelakar.

Rates untuk tiket:
30 minutes - 24 crowns (RM 4.29)
90 minutes - 32 crowns (RM5.72)
24 hours - 110 crowns (RM19.67)
72 hours - 310 crowns (RM55.44)*
*exchange rate January 2016

Tiket 30 hari. Yang ni dapat sekali dengan pakej course masa sy belajar, so tak sure harga dia berapa


Vienna, Austria




Tiket yg kat atas tu tiket untuk naik public transport metro and tram kat Vienna. Sama macam kat Prague, boleh beli kat metro station mana2. Bus tak sure sebab tak perasan, and tak naik pun. Harga dia €7,60 untuk 24 jam. Jangan lupa nak validate, ok.

Tiket yg kat bawah tu (Vienna Airportlines) untuk shuttle bus dari airport ke city. Dia ada banyak bus utk ke tempat2 yg berbeza dekat city, jadi kita kena tau nak gi mane and bas nombor berapa boleh sampai situ. Saya ada cite pasal bas ni dalam post "Allo Vienna! Part 1". Harga one way €8 , return €13.


London to Kent, England, UK




Tiket ni (warna oren) beli masa travel dari London nak ke Kent. Sebab beli last minute dekat train station, harga pun mahal. Itu pun kira murah sebab dapat tiket balik flexible, and total £35.60, kalau tak nak dekat £50.

Ni first time naik train dekat St. Pancras International, station sama utk ambik train pergi France. Sebelum ni pernah ambik train dari Euston, untuk pergi Manchester.

Tiket yang sebelah kanan tu (Stagecoach) tiket untuk bus dekat Kent. Bus dia banyak tiket yg berlainan, Tak silap yang ni untuk 24 jam and sampai semua tempat dekat Kent (dari city ke countryside). Nama tiket ni Explorer. Harga £6.50.


Bursa to Istanbul, Turkey




Tiket ni untuk bus dari Bursa ke Turki. Sebelum sy cite panjang2, nak bgtau korg yg negara Turkey ni sangat lah mencabar. Bersedialah korg bila nak gi nanti, especially kalau travel sorang2. Nanti sy post full story kat post utk Turkey sahaja.


Okey. Company bas Metro ni nak cakap 100% selesa tak jugak. Kadang2 panas, kotor sket (kat dalam and luar). Tapi overall OK, dapat snacks, jus, air, and sebab ramai orang Turki recommend bas ni, sy ikut je and taknak pikir pun keadaan bus lain cmne.

Bas yg saya ambik dari Istanbul Bus Station (Otogar) ke Bursa Buyuk Terminal. Ada banyakk sgt ofis kat sana untuk company bus yg berlainan. Cari Metro, masuk and mintak tiket nak gi Bursa and tanya harga dulu. Harga standard dalam 30 Lira je. Dia ada bus setiap jam tak silap. Kadang2 diorg akan mintak passport dulu. Dah dapat tiket, kene keluar cari bus terminal, nombor plate OR nombor bas. Selalunye destination dia akan tampal kat depan bas tu.

Mcm senang kan? Ha... tak cite pasal journey lagi. Jangka masa dari Istanbul ke Bursa ni selalunya 3 jam je. Tapi disebabkan traffic jam, cube teka berapa jam sy duk atas bus tu?

6 JAM. Pergi, balik dua2 sama ;__;

Kalau nak ikutkan, sepatutnya bus diorg on time. Kawan2 sy semua pelik kenapa bus lambat sangat. Sorg kawan tu cite yg bus ni main transport kat sini, orang selalu ambik untuk catch flight dan sebagainya jadi tak patut la lambat. Kesian kat diorg jugak sebab kena tunggu 3-4 jam kat bus terminal semata2 nak jemput saya. Oh well. At least journey smooth, and pemandangan cantik.

Oh, bus ni siap naik feri lagi untuk cross Bosphorus River. Masa nak gi Bursa tu naik feri masa senja. SubhanAllah, view atas feri masa tu sangat cantik. One of the only times saya rasa macam nampak syurga atas bumi (first time rasa cmni masa kat Jepun).

Anyway, nak balik Istanbul tu sama je process, tapi bezanya bus terminal Bursa lagi besar, counter tiket semua kat dalam.

video


Belanja korang video masa naik feri on the way ke Bursa ;)

Ok guys, stay tuned for the next post! Tikets Europe part 2 ☺

Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment